Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker
Lilypie Kids birthday PicLilypie Kids birthday Ticker

Wednesday, November 5, 2008

budus nak mampus ....

ina aku pun terpkasa paste kat sini sbb nak meluah kan rasa isi hati aku nie ....aku tak tau apa jenis jantan camnie yg bole wat statement camnie.....aku bkn nak boikot dia jer aku nak semua saluran TV pun boikot diaorg berdua nie ....jom tgok comment aku ....


Norman bersedia terima Memey sebagai isteri kedua


KUALA LUMPUR 4 Nov. - Aktor popular, Norman Hakim buat kali pertama mengakui, dia bersedia menerima pelakon muda, Memey Suhaiza sebagai isteri keduanya jika itu yang ditakdirkan oleh Allah.
Biarpun tidak mengesahkan yang dia mempunyai hubungan serius dengan aktres berusia 20 tahun itu, Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 32, berkata, sebagai umat Islam, dia akur dengan ketentuan qada dan qadar.
''Ketika ini, dalam hati, rasa kasih dan sayang pada isteri saya, Abby begitu menebal. Setiap hari, saya berdoa pada Allah biarlah maut yang memisahkan kami berdua. Saya tidak mahu berpisah dengan Abby melalui perceraian.
''Namun, pada masa yang sama, saya tidak mampu menolak ketentuan andai saya dan Memey bertemu jodoh satu hari nanti,'' katanya ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia, SAHARUDIN MUSTHAFA di sini hari ini.
(sah memang sah dia nei dah pasang niat nak kawin lain )
Norman berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kononnya dia dan Memey sudah merancang untuk berkahwin.
Bagaimanapun, rancangan tersebut dikatakan terpaksa ditunda berikutan dia dan Memey ditangkap berkhalwat di sebuah premis perniagaan di Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor pada 30 Oktober lalu.
(kalo ckp dr dulu kan senang, nei lah artis hipokrit...dah kena baru ngaku ....cisssss....)
Sehubungan itu, pelakon utama drama bersiri Gerak Khas itu berkata, jauh di sudut hatinya, dia berkongsi rasa kasih dan sayang dengan banyak pihak.
''Ada 'wilayah' dalam hati yang saya bahagikan pada Allah, pada ibu dan ayah, pada isteri saya, anak-anak dan untuk orang lain juga. (niat pun dah camgini....geram ni )
''Bila saya fikirkan masalah yang sedang saya hadapi ketika ini, adalah lebih baik saya berterus-terang berhubung perasaan yang sedang saya alami ketika ini,'' jelas Norman yang berkali-kali menyatakan harapannya agar Abby memahami kedudukannya ketika ini. (ko nak suruh binik jer fhm ko, ko fhm ker perasaan binik & anak2...kepala otak ko pikir betina jer ....)
Menurut Norman, dia tidak mampu untuk menghalang Abby meluahkan emosinya seperti yang berlaku di lokasi penggambaran Gerak Khas semalam.
''Saya mahu mencari penyelesaian terbaik dalam hal rumah tangga saya dengan Abby. Saya cuba memahami keadaannya ketika ini.
''Saya juga menyedari yang Abby seorang ibu yang baik buat anak-anak kami. Saya sangat menyayangi dia. (ckp jer syg tak guna oit...budus )
''Tetapi, kalau sudah tertulis takdir lain, apa daya saya sebagai manusia untuk menolaknya,'' ujar Norman lagi. (lelagi salah kan takdir.....takder statement lain ker oit)
Ditanya kenapa dia beria-ia mempertahankan Memey dalam kenyataannya semalam, menurut Norman, Memey merupakan 'penyelamat' kepada keadaan yang dialaminya ketika ini. (pompuan camtu ko kata penyelamat...apa kebenda nei wey )
''Abby hadir dalam hidup saya sebagai pembakar semangat. Memey pula hadir sebagai penyelamat dalam kehidupan saya. (penyelemat hangguk ko....skrg bole ler kata .....org ngan di lamun cinta)
''Saya perlu mempertahankan Memey kerana dia juga ada keluarga yang terpaksa melalui episod ini. (ooo ko pikir family momok tu jer.....binik, in law ko tu semua tak fikir ker....budus )
''Seperti yang saya kata, ada banyak hati yang perlu saya jaga. Jadi, saya harap Abby benar-benar memahami keadaan saya ketika ini. Saya tahu saya dan dia (Abby) masih ada masa depan demi anak-anak kami,'' kata Norman yang berhasrat untuk merujuk kepada pihak yang arif yang boleh menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.
Pada masa sama, Norman berkata, dia akan memohon petunjuk daripada Allah dengan solat sunat istikarah.(tuhan baru tunjuk sket wey esk lusa ko tunggu ler...)
soriler kalo aku emo ....tp memang aku benci teramat bila jantan wat statement camni ...yg betina tu pun satu ....ckp berputar belit...haaa tuler ckp putar belit kan dah mkn diri sdiri....baru sket tuhan nak tunjuk esk lusa tau lah korang .......penyelemat konon....ntah ler tak reti aku nak ckp aper dah dah kata-kata yg terus lg selain benci .....budus betul !!!!!!nei lah putar belit ...dulu kata kwn sekerja, tak kenal ...staff ler...skrg apa kes wey ....dah terkena baru ngaku wey ....ckp berbelit2 betul ...lidah bercabang ...aku benci jantan gini ....harus di hapus kan !!!!!!!!

2 comments:

mam@ju said...

oooiutt..ni apa ni, sabo2...bawak bertenang tuan hakim...byk kes lagi nak bicara lepas nih...sabo2...wakakaka

Aryana & Adrienna said...

oo tidak kes2 lain bole di tangguhkan...ini kes amat berat...harus di selesaikan dgn segera...hahahahahhaha