aku bz banggat skrg nei ....aku dah tak mcm dulu lg ...byk benda yg nak buat skrg nie....lelagi sejak aku menjerumus kan diri dlm perniagaan online dgn beberapa rakan karib aku ....saper lg MAK JAH & PAH BEDAH lah ...itulah rakan karib yg sama2 gak menjerumus kan diri dlm perniagaan tu ...doakan kami suksess yer.....mari lah bersama2 mencuci mata & membeli belah di blog kami di sini ......mcm2 ader....cepat jgn tunggu lagi ......HURRY!!!!!......
Ok skrg aku nak citer pasal lain lak ...tp seblom tu korang jgn lupa singgan kedai aku & the geng tu tau ...support lah sket ........kalo nak discount pun aku leh kasi ....YM jer aku or email aku tau ...tau !!!!....ok now aku nk citer pasla jiran mak aku lak ....pg td aku p anto mak aku p bank pastu aku p Pusat zakat sekali ....P bayo zakat .....Haaaa korang dah bayo Income tax ker blom ....den dah bayo zakat .....lega rasanyer...alahamdullilah !!!...smbg balik citer ....pastu masa dlm keta nei (psttt ...aku masuk ofis lmbt sket pg td ....) mak aku ngan best fren forever dia lah ...Cik salmi borak2...terdgr lah ....dok sesekali nyampuk gak aku ....pasal diaorg citer smlm lg Anak mak cik Ju yg bongsu kat sepital ....Cik ju nie jiran mak aku ...anak dia semua lelaki ...yg 1st anak dia dulu masa sek ren classmate aku .....pastu jiran kan slalu main sesama........kawasan perumahan aku nei majority sebaya ngan aku semau nyer jantan ...2 org jer pompuan ...aku & sahabat aku nama dia mauze....so tu pasal kiter org ganas.....(mauze kan sian kiter dulu semau jantan jer kwn2 kiter kan ...tp nasib baik sek men kite org sek perempuan .kalo tak apa jd ngan kiter kan ..ahaks!!!) tu arr aku kenal sgt ngan anak CIk ju tu yg 1st ...tp masing2 dah kawin jarang sgt jumpa......mak aku pun borak ngan cik salmi nei aku pun tanyer lah sakit apa???...biasa lah menyibuk kan .....uishh bukan menyibuklah ...prihatin terhadap jiran tertangga.......(statement cover diri ) ...hahahahha..
cik salmi ckp anak cik ju tu kena tikam ader kuar kat metro .....uishh budak tu puneyr lah comel & muka ala2 mat skima jer...aku lak smlm tak baca paper ( bkn semlm jer hari2 pun ...hahahah...sian aku kan sejak 2 menjak nei tak tau perkembangan setempat & sedunia) .....
so aku masuk ofis terus bukak metro ......Ya memang benar citer mak aku & cik salmi tu .....so igt balik keje nanti pas amik anak2 aku nak p umah CIk ju nie alah dekat jer...selang beberapa pintu jer......(hanya org2 terdekat hanya tau citer yg sebenar .....dlm berita tak bg tau sbb2 nya kan .....takper lah biar kami merahsia kan hal yg sebenar)
40 samseng mengamuk
CEDERA... Safuan terlantar akibat kecederaan dialaminya ketika ditemui di hospital.
AMPANG: Kerana sekotak rokok sekumpulan 40 samseng mengamuk membabi buta sebelum mereka membelasah dan menetak dua pelanggan yang ketika itu minum di sebuah restoran di Bukit Indah, dekat sini awal pagi kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, kumpulan terbabit sebelum itu dikatakan berang kerana seorang lelaki tersepak kotak rokok yang terjatuh di atas jalan sebelum mereka mengamuk dan memukul lelaki terbabit.Bagaimananpun, lelaki itu sempat melarikan diri dan meminta pertolongan daripada beberapa pelanggan yang kebetulan berada di restoran terbabit tanpa menyedari dia diekori empat ahli kumpulan berkenaan.Ketika itu, tujuh pelanggan yang berada di restoran terbabit cuba membantu lelaki yang mengalami kecederaan itu, mereka secara tiba-tiba diserang empat kumpulan samseng berkenaan yang bersenjatakan parang.
Menurut sumber, lelaki yang cedera itu kemudian melarikan diri manakala tujuh pelanggan terbabit terpaksa melawan bagi mempertahankan diri.
“Ketika bergelut kira-kira 15 minit, seramai 36 ahli kumpulan terbabit yang datang menaiki enam kereta dan selebihnya motosikal turut campur tangan dan membelasah tujuh pelanggan berkenaan tanpa usul periksa.“Lima daripada pelanggan terbabit dapat melarikan diri manakala dua tidak sempat kerana dikepung kumpulan berkenaan,” katanya. Menurutnya, seorang daripada pelanggan restoran itu dilibas parang di belakang badannya selain turut ditikam di paha dipercayai menggunakan pemutar skru.“Ketika itu, rakan mangsa cuba membantu namun dia ditangkap dan dibawa masuk ke dalam kereta sebelum dilepaskan di pasar raya Tesco Ampang.“Rakan mangsa turut ditikam di bahagian kiri dan kanan dadanya dan kini dalam keadaan koma,” katanya.Menurutnya, dua mangsa terbabit dibantu orang ramai yang kemudian membawa mereka ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan.Sehubungan itu, polis kini sedang menjejaki kumpulan terbabit dan berharap sesiapa mempunyai maklumat dapat menghubungi polis bagi membantu siasatan. Sementara itu, seorang daripada mangsa, Safuan Mohd Nor, 19, yang ditemui wartawan Harian Metro di wad kecemasan Hospital Ampang berkata, dia hanya mampu melihat rakannya, Ridzuan diseret kumpulan terbabit ke dalam kereta kerana ketika itu dia langsung tidak berdaya.“Saya sudah tidak mampu melawan kerana ditikam dan dilibas parang oleh kumpulan itu yang mengamuk secara menggila.“Sejurus tersedar, saya hanya mengetahui berada di hospital dan mengetahui rakan saya berada dalam keadaan koma,” katanya yang masih dalam keadaan lemah.Menurutnya, dia bersama rakan sedang minum sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang meminta pertolongan.
P/S : maaf aku bz banggat ini pun curi2 masa update blog...nanti aku citer pasal anak aku neyr gymnastic competition & Hannah Montana di sekolah anak aku ......TUNGGUUUU!!!>.......& lg satu jgn lupa shoping kat kedai divaconquer tu tau ....
















5 comments:
desperate sgt la tu sbb rokok pon nak bergaduh
desperate sgt la tu sbb rokok pon nak bergaduh
apa yg terjadi bukan krn sekotak rokok..!!!... ada cerita di sebaliknya..biasalah surat khabar...cerita mesti gempak..!!
Itulah kalau tak usik org, xkan lah tiba2 "samseng2" nak mengamuk...!!
Ada cerita disebalik cerita..
By hope "mangsa" dpt diselamatkan..dgr cerita koma betul ker..?
panjang nyer citer
alkisah ..pasal kotak rokok pun leh gaduh sampai mati mati gitew.. giler ke ape..
Post a Comment